telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

KENYATAAN MEDIA YBHG DATO’ SERI ALWI BIN HJ IBRAHIM KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI MENGENAI PEMBATALAN NOTIS DI BAWAH SEKSYEN 14(6) AKTA PERTUBUHAN 1966 [AKTA 335]

KENYATAAN MEDIA

 

YBHG DATO’ SERI ALWI BIN HJ IBRAHIM

 

KETUA SETIAUSAHA

 

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

 

MENGENAI

 

PEMBATALAN NOTIS DI BAWAH SEKSYEN 14(6)

 

AKTA PERTUBUHAN 1966 [AKTA 335]

 

17 MEI 2018

 

1.  Pada hari ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) ingin memaklumkan bahawa Pendaftar Pertubuhan telah membatalkan notis di bawah seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 bertarikh 5 April 2018 selaras dengan seksyen 14(6) Akta yang sama dan berkuatkuasa mulai 16 Mei 2018.

 

2.  Notis di bawah seksyen 14(5) Akta telah menyebabkan pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

 

3. Di bawah seksyen 14(6) Akta, Pendaftar Pertubuhan boleh membatalkan notis di bawah seksyen 14(5) Akta yang sama apabila maklumat-maklumat yang diminta itu telah diberikan.

 

4.  Keputusan tersebut telah dicapai setelah pertimbangan ke atas maklumat-maklumat yang dikemukakan oleh pihak PPBM yang diterima oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

 

5.  Dengan penyelesaian isu tersebut, permohonan pendaftaran Pakatan Harapan juga telah diberikan kelulusan selaras dengan seksyen 7 Akta yang sama pada 16 Mei 2018.

 

6. Oleh demikian, pihak PPBM dan Pakatan Harapan boleh menjalankan aktivitinya selaras dengan objektif dan perlembagaan berdaftarnya serta menjalankan setiap urusan mengikut kehendak Akta 335.

 

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PUTRAJAYA

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 19 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1085506

moha qrcode