phone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

  03 - 8000 8000       
  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

logo-header

logo-header

Pengenalan


PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN

Salah satu usaha Kerajaan Malaysia dalam memerangi keganasan adalah melalui pembekuan aset bagi menyekat pembiayaan keganasan. Tindakan ini diambil dengan menyenaraikan individu dan kumpulan yang terlibat dengan kegiatan keganasan. Seterusnya, aset milik individu dan kumpulan yang disenaraikan ini akan dibekukan.

Terdapat tiga senarai sekatan yang di dalamnya terdapat senarai individu dan kumpulan yang perlu dibekukan aset-asetnya iaitu:

i) Senarai UNSCR 1267 - Senarai yang diselenggara oleh Jawatankuasa 1267 Majlis Keselamatan PBB (format PDF, XML dan HTML)

ii) Senarai UNSCR 1988 - Senarai yang diselenggara oleh Jawatankuasa1988 Majlis Keselamatan PBB(format PDF, XML dan HTML)

iiii) Senarai KDN - Senarai yang diselenggara oleh Kementerian Dalam Negeri (format PDF)

Institusi Pelapor (Jadual 1, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktivitri Haram 2001 - Akta 613) dikehendaki menyemak dan membandingkan senarai nama individu dan kumpulan yang berada di dalam pangkalan data masing-masing dengan senarai-senarai ini.

Jika sekiranya terdapat padanan nama individu atau kumpulan tersebut, Institusi Pelapor hendaklah dengan serta merta membekukan aset-aset milik individu atau kumpulan berkenaan dan melaporkan kepada Pihak Berkuasa Kawal Selia dan Pengawasan Berkaitan masing-masing. Di samping itu, di mana aset telah dibekukan, Institusi Pelapor turut dikehendaki melaporkan sebarang transaksi yang mencurigakan kepada Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia.

Dokumen lengkap berkaitan pelaksanaan langkah pembekuan aset (Bahagian VIA, Akta 613) boleh diperolehi di sini.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Blok D1, D2, D7 & D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 29 November 2022.
Jumlah Pelawat : 835872

moha qrcode