telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

  • Laman Utama
  • Maklumat Perkhidmatan
  • Pengurusan Pekerja Asing

Pengenalan

PENUBUHAN PUSAT KELULUSAN SETEMPAT (OSC), PENGURUSAN PENGAMBILAN PEKERJA ASING

Mesyuarat JKK-PA Kali Ke-33 Bil. 2/2005 pada 5 Julai 2005 memutuskan supaya Pusat Kelulusan Setempat (One Stop Centre - OSC) ditubuhkan di KHEDN untuk memproses permohonan majikan yang lengkap dan layak mengambil pekerja asing dan meluluskan permohonan pada hari yang sama.

Pusat Kelulusan Setempat (OSC), Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri (KDN) beroperasi mulai 1 Ogos 2005. Agensi Kawal Selia bagi semua sektor telah ditempatkan secara sepenuh masa di OSC.

Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri telah ditubuhkan dan berperanan sebagai Urus Setia kepada OSC.

Mesyuarat JKKPA-PATI Kali Ke-10 Bil. 1/2013 pada 1 Julai 2013 telah bersetuju supaya peranan Pusat Kelulusan Setempat (OSC) ditambah baik seperti berikut: -

  • Semua kelulusan pekerja asing hanya dibuat di OSC, KDN sahaja.
  • Semua Agensi Kawal Selia akan menempatkan pegawai masing-masing sepenuh masa di OSC, KDN. 

 

FUNGSI DAN PERANAN BAHAGIAN PENGURUSAN PEKERJA ASING, KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Bahagian Pengurusan Pekerja Asing adalah urusetia Pusat Kelulusan Setempat Pekerja Asing (One Stop Centre) yang diwujudkan bagi mengendalikan permohonan pengambilan pekerja asing untuk sektor-sektor yang dibenarkan setelah majikan gagal mendapat pekerja tempatan.

Kewujudan Pusat Kelulusan Setempat Pekerja Asing adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mempraktikkan tadbir urus yang baik serta mengurangkan birokrasi seterusnya meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

Bahagian Pengurusan Pekerja Asing diketuai oleh seorang Setiausaha Bahagian dan mempunyai empat unit sebagaimana berikut:

  • Unit Proses
  • Unit Dasar dan Strategik
  • Unit Inspektorat dan Pematuhan
  • Unit Pentadbiran dan Kewangan.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 19 Mac 2024.
Jumlah Pelawat : 1072184

moha qrcode