SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON LESEN AGENSI PERSENDIRIAN DI BAWAH AKTA EJENSI PERSENDIRIAN 1971
1. Mengikut Akta Ejensi Persendirian, 1971:
Lesen 2(a)
Mengadakan pengawal dan perlindungan bagi keselamatan dari seorang lain atau bagi keselamatan harta atau urusan orang lain
Lesen 2(b)
Mendapatkan dan memberi maklumat mengenai kelakuan, aktiviti-aktiviti atau hal ehwal seorang lain
2. Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan syarat permohonan lesen Agensi Persendirian di bawah Seksyen 3, Akta Ejensi Persendirian 1971 bagi permohonan lesen 2(a) ataupun lesen 2(a) dan lesen 2(b) adalah mengikut syarat-syarat seperti berikut;
Salinan kertas kerja perancangan perniagaan bersama biodata pemegangsaham dan ahli lembaga pengarah syarikat.
Salah seorang pemegang saham terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia atau Angkatan Tentera DiRaja Malaysia yang berpangkat sekurang-kurangnya ACP ATAU Kolonel yang memegang 30% ekuiti saham syarikat; ATAU Salah seorang terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai awam dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional yang pernah berkhidmat dalam sektor keselamatan selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun yang berpangkat sekurang-kurangnya gred 52 atau yang mempunyai sijil kursus keselamatan atau yang setaraf dengannya memegang 30% ekuiti saham syarikat Hendaklah ditubuhkan syarikat Sdn. Bhd.
Mempunyai modal berbayar RM300,000.00.
Pegangan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputra sebanyak 70%
3. Bagi lesen 2(b) sahaja, Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan syarat-syarat seperti berikut:
Salinan kertas kerja perancangan perniagaan.
Salah seorang pemegang saham terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai Polis DiRaja Malaysia atau Tentera DiRaja Malaysia yang berpangkat sekurang-kurangnya ASP atau Kapten yang memegang 30% ekuiti saham syarikat.
Hendaklah ditubuhkan syarikat Sdn. Bhd.
Mempunyai modal berbayar RM50,000.00
* Borang permohonan lesen agensi persendirian boleh didapati di:
Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri Aras 10, Blok D1, Kompleks D Kompleks Kerajaan Persekutuan 62546 Putrajaya