Perayu adalah diminta supaya mengemukakan rayuan kepada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri.
Rayuan adalah di dalam bentuk surat rasmi dan salinan surat penolakan daripada Ketua Polis Negara perlu disertakan.
Rayuan perlu dikemukakan di dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh surat penolakan Ketua Polis Negara.
Bagi penolakan dari Ketua Polis Negeri, tuan adalah dinasihatkan supaya mengemukakan rayuan kepada Ketua Polis Negara dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penolakan asal.
Perayu turut dinasihatkan supaya menyertakan bersama butiran berkaitan yang difikirkan perlu untuk mengemaskini maklumat berkaitan rayuannya.
Setelah rayuan yang lengkap diterima, Kementerian akan memaklum terima rayuan tersebut dan perayu akan diberi nombor fail Kementerian seperti KDN.S.32/62 PT 17000. Nombor terakhir merupakan nombor rujukan tuan di Kementerian ini.