telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Soalan Lazim Khidmat Pengurusan

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Kementerian Dalam Negeri. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 03- 8886 8533 atau e-mel kepada kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Urus Setia Lembaga Parol

1.

Apakah itu Tapisan Keselamatan?

 

Tapisan Keselamatan adalah proses memeriksa latar belakang individu bagi memastikan individu berkenaan bebas daripada rekod jenayah, espionaj, subversive, ekstrimisme dan apa-apa rekod buruk lain yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan.

2.

Siapakah yang perlu / diwajibkan untuk menjalani Tapisan Keselamatan?

 

Semua pegawai awam bagi semua gred dan individu yang memberi servis kepada pihak kerajaan perlu / wajib menjalani Tapisan Keselamatan.

3.

Bagaimanakah cara untuk memohon / membuat Tapisan Keselamatan?

 

Semua permohonan dilakukan secara dalam talian (online) di laman web www.evetting.cgso.gov.my.

4.

Apakah jenis Tapisan Keselamatan?

 

Tapisan Keselamatan terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu Tapisan Keselamatan Kasar dan Tapisan Keselamatan Halus.

5.

Bagaimanakah panduan memohon Tapisan Keselamatan dalam sistem
e-vetting?

 

Buat pilihan dalam sistem pada permohonan baru dan pilih Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau Pentadbiran Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kemudian isi borang sedia ada. Seterusnya, apabila mula mengisi maklumat perjawatan, pemohon dapat menentukan pilihan sama ada Tapisan Keselamatan Kasar atau Halus.

6.

Adakah Pegawai Awam perlu lulus Tapisan Keselamatan sebelum disahkan dalam jawatan?

 

Pegawai Awam hendaklah mengemukakan maklumat Tapisan Keselamatan dalam tempoh 30 hari bekerja mulai tarikh melaporkan diri bertugas dan memastikan telah lulus Tapisan Keselamatan sebaik-baiknya sebelum disahkan dalam perkhidmatan.

Pegawai boleh disahkan jawatan terlebih dahulu, namun pegawai masih tertakluk untuk menjalani dan lulus Tapisan Keselamatan.

7.

Bagaimanakah ciri-ciri gambar yang perlu dimuat naik?

 

Ciri-ciri gambar yang perlu dimuat naik hendaklah gambar yang bercirikan sopan dan jelas.

8.

Dimanakah pilihan permohonan bagi lantikan Personel MyStep?

 

Pilih Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau Pentadbiran Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Klik butang Jawatan.

Klik butang Personel MyStep.

9.

Bagaimanakah Tapisan Keselamatan bagi Contract of Service (COS) / Contract for Service (CFS) direkod?

 

Bagi pegawai yang tidak mempunyai Buku Perkhidmatan, maklumat keputusan Tapisan Keselamatan perlu dimasukkan dalam fail peribadi masing-masing.

10.

Apakah Tapisan Keselamatan Khas?

 

Tapisan Keselamatan Khas adalah tapisan yang perlu dilaksanakan oleh pegawai lantikan kontrak yang berkhidmat dengan pejabat Anggota Pentadbiran, contoh Setiausaha Politik, SUPOL dan sebagainya.

11.

Siapakah yang perlu mengisi Tapisan Jawatankuasa Keselamatan Berjadual (JKB)?

 

Tapisan Keselamatan (JKB) hendaklah dilaksanakan oleh pegawai yang mengakses Rahsia dan Rahsia Besar. Termasuk semua gred yang terlibat dalam menguruskan Dokumen tersebut seperti penghantaran/pendaftaran/penyediaan.

12.

Adakah mereka yang telah menjalani Tapisan Keselamatan Halus perlu menjalani Tapisan Keselamatan Berjadual (JKB)?

 

Sekiranya telah melaksanakan Tapisan Keselamatan Halus, pegawai tidak perlu menjalani Tapisan JKB dalam tempoh 5 tahun selepas mendapat keputusan Tapisan Keselamatan Halus.

13.

Apakah Tapisan Keselamatan Berjadual (JKB) perlu membawa pengadil semasa menjalani temu duga?

 

Ya, Tapisan Keselamatan JKB perlu pengadil peribadi sebagaimana keperluan Tapisan Keselamatan Halus.

14.

Bilakah Tapisan Keselamatan Semula dilaksanakan?

 

Berdasarkan Pekeliling Am Bilangan 5 Tahun 2021, semua penjawat awam perlu memohon Tapisan Keselamatan semula selepas 5 tahun mendapat keputusan Tapisan Keselamatan kali pertama.

15.

Adakah staf vendor perlu menjalani Tapisan Keselamatan?

 

Setiap staf vendor yang berurusan dengan Kerajaan perlu menjalani Tapisan Keselamatan.

 

16.

Apakah kaedah permohonan Tapisan Keselamatan kali pertama bagi pihak vendor?

 

Permohonan melalui sistem e-vetting dilaman web www.evetting.cgso.gov.my dengan mendaftar akaun pemohon syarikat dan memilih borang lantikan vendor/kontraktor.

17.

Bagaimanakah jika keputusan Tapisan Keselamatan bagi vendor yang didapati gagal Tapisan Keselamatan?

 

Pihak pengurusan berhak untuk menamatkan perkhidmatan dengan serta-merta. Sekiranya pihak pengurusan ingin mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat, pihak pengurusan boleh berhubung dengan Ibu Pejabat CGSO.

18.

Adakah keperluan bagi pegawai yang akan bersara dalam masa terdekat untuk menjalani Tapisan Keselamatan?

 

Jika seseorang pegawai akan bersara, keperluan untuk menjalani semula Tapisan Keselamatan adalah dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh bersara atau mengikut keperluan semasa oleh Ketua Jabatan. Walau bagaimanapun, pegawai yang akan bersara akan menjalani Tapisan Keutuhan.

19.

Adakah tapisan ini perlu direkod dalam Buku Rekod Perkhidmatan?

 

Ya, keputusan Tapisan Keselamatan hendaklah dicatitkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan, pegawai hendaklah menjalani Tapisan Keselamatan semula dan perlu direkodkan.

20.

Apakah tindakan diambil kepada pegawai yang gagal Tapisan Keselamatan?

 

Pegawai yang gagal dalam Tapisan Keselamatan akan ditetapkan sebagai penama berekod. Ketua Jabatan perlu merujuk kepada pejabat CGSO untuk mengambil tindakan selanjutnya.

21.

Perlukan Anggota Polis dan Tentera melaksanakan Tapisan Keselamatan?

 

Tidak, Anggota Polis dan Tentera perlu menjalani tapisan di Jabatan masing-masing seperti yang ditetapkan.

22.

Bagaimanakah jika terdapat persoalan berkaitan sistem seperti pengemaskinian dan sebagainya?

 

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pengemaskinian data boleh dikemukakan kepada Helpdesk e-vetting melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

23.

Apakah talian hotline CGSO?

 

Talian Hotline CGSO: 03-8872 6012

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099880

moha qrcode