telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

  • Laman Utama
  • Terkini
  • NOTIS MAKLUMAN PELANJUTAN TEMPOH KEBENARAN BEKERJA 3 TAHUN KEPADA PEKERJA ASING PEMEGANG PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA (PLKS) YANG TELAH MENCAPAI TEMPOH TAHUN PENGGAJIAN KE-10 (10+3).

NOTIS MAKLUMAN PELANJUTAN TEMPOH KEBENARAN BEKERJA 3 TAHUN KEPADA PEKERJA ASING PEMEGANG PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA (PLKS) YANG TELAH MENCAPAI TEMPOH TAHUN PENGGAJIAN KE-10 (10+3).

NOTIS MAKLUMAN

PELANJUTAN TEMPOH KEBENARAN BEKERJA 3 TAHUN KEPADA PEKERJA ASING PEMEGANG PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA (PLKS)

YANG TELAH MENCAPAI TEMPOH TAHUN PENGGAJIAN KE-10 (10+3).

 

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Dimaklumkan bahawa proses permohonan pelanjutan tempoh Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) 3 tahun bagi pekerja asing tahun penggajian ke-10 hanya dilaksanakan di KAUNTER BAHAGIAN PEKERJA ASING, JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (JIM) PUTRAJAYA SAHAJA bagi majikan di Semenanjung Malaysia dan di JABATAN IMIGRESEN NEGERI BAGI MAJIKAN DI NEGERI SABAH DAN SARAWAK.

 

Syarat-syarat permohonan lanjutan adalah seperti berikut:

 

1) Pelanjutan hanya bagi pekerja asing dalam sektor formal yang dibenarkan sahaja iaitu Perkhidmatan (tidak termasuk subsektor Pengawal Keselamatan), Pembinaan, Pertanian, Perladangan serta Perlombongan dan Kuari, tidak termasuk sektor yang dibekukan dan syarikat penyumberluaran (outsource company);

 

2) Kebenaran hanya untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara dan telah mencapai tahun penggajian ke-10 bermula 1 Oktober 2018;

 

3) Kebenaran pelanjutan tempoh hanya terhad kepada maksimum 3 tahun sahaja dan diperbaharui setiap tahun;

 

4) Kadar levi sebanyak RM10,000 setahun bagi setiap pekerja akan dikenakan dan ditanggung oleh majikan;

 

5) Pekerja asing tidak layak memohon Permit Masuk atau Permastautin Tetap dan kewarganegaraan Malaysia;

 

6) Pemohonan boleh dikemukakan dan diproses secara manual di kaunter Bahagian Pekerja Asing Putrajaya, JIM Negeri Sabah dan Sarawak sahaja;

 

7) Pekerja asing adalah tertakluk kepada syarat pemeriksaan perubatan secara berselang tahun sepertimana ditetapkan melalui Pekeliling Imigresen Malaysia Bilangan 16 Tahun 2017: Pelaksanaan Pengukuhan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing di Malaysia; dan

 

8) Pekerja Asing yang telah mencapai tahun ke-13 perlu dikeluarkan Memo Periksa Keluar (Check Out Memo) bagi tujuan penghantaran pulang.

 

Sekian, terima kasih.

 

BAHAGIAN PENGURUSAN PEKERJA ASING (BPPA)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 19 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1085603

moha qrcode