Pengenalan
OBJEKTIF
Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan bertanggungjawab menggubal dan menyelaras dasar berkaitan dengan perkara Pendaftaran negara yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pendaftaran pertubuhan yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
FUNGSI
-
Memastikan dasar, undang-undang dan garis panduan pendaftaran negara dan pertubuhan sentiasa relevan dan responsif terhadap keperluan semasa.
-
Mengukuhkan pemantauan, pelaksanaan dan pematuhan prosedur pendaftaran negara dan pertubuhan mengikut peruntukan undang-undang.
-
Menjamin kelancaran urusan kewarganegaraan dan penilaian kelayakan warganegara secara telus, adil dan berintegriti.
-
Meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan melalui pengurusan sistem, semakan dan pelaporan yang sistematik.
-
Memastikan setiap keputusan dasar dan pelaksanaan operasi menyumbang kepada keselamatan, perpaduan dan kedaulatan negara.
UNIT WARGANEGARA
Fungsi:
-
Mengurus dan memproses permohonan kewarganegaraan Malaysia mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
-
Menyediakan analisis, ulasan dan syor terhadap setiap permohonan bagi pertimbangan pihak atasan.
-
Mengurus urusan pemberian, pelucutan dan pelepasan kewarganegaraan berdasarkan kelayakan dan kriteria yang ditetapkan.
-
Menyelaras rekod statistik permohonan kewarganegaraan serta menyediakan laporan berkala kepada pengurusan tertinggi.
UNIT PERTUBUHAN
Fungsi:
-
Menggubal, menyelaras dan menilai dasar berkaitan pendaftaran pertubuhan yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
-
Menyemak dan memperakukan permohonan berkaitan pendaftaran, pembatalan serta rayuan pertubuhan mengikut Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].
-
Menyediakan maklum balas dasar dan laporan analisis berkaitan aktiviti dan perkembangan pertubuhan dalam negara.
- Menyelaras rekod statistik permohonan rayuan pertubuhan serta menyediakan laporan berkala berdasarkan keperluan.
UNIT DASAR
Fungsi:
- Menyelia pelaksanaan dasar dan program pendaftaran negara serta pertubuhan agar selaras dengan objektif kementerian.
-
Menyemak, menggubal dan menyelaras cadangan pindaan perundangan berkaitan pendaftaran negara.
-
Menyediakan input teknikal kepada kementerian mengenai isu-isu dasar pendaftaran negara.
-
Menilai kes-kes luar dasar yang melibatkan status kewarganegaraan dan kerakyatan.
- Menyelaras pelaporan berkaitan petunjuk prestasi utama (KPI), pelan tindakan, dan pematuhan dasar kementerian.