Skip to main content

logo

mampu
img

Pengenalan

  1. Pejabat Penasihat Undang-undang ialah suatu Bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengawalselia dan menangani semua isu yang melibatkan undang-undang yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (“KDN”).
  2. Pejabat ini juga berperanan untuk memberi khidmat nasihat perundangan kepada 26 Bahagian dan 11 Agensi di bawah KDN bagi semua isu perundangan yang dibangkitkan oleh Bahagian dan Agensi yang terlibat.
  3. Pejabat ini terdiri daripada Peguam Kanan Persekutuan dan Peguam Persekutuan yang antara lain berperanan untuk:

(a)  Memberi nasihat undang-undang berhubung dengan perundangan di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada yang berkaitan;

 

(b)  Mendraf dan menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian, memorandum persefahaman dan lain-lain instrumen perundangan domestik dan antarabangsa bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi;

 

(c)   Menggubal dan menyemak perundangan utama, perundangan subsidiari dan perundangan pindaan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada yang berkaitan;

 

(d)  Mendraf dan menyemak Writ Saman, Notis Usul, Notis Permohonan, afidavit dan lain-lain pliding serta mengendalikan kes permohonan Writ of Habeas Corpus, kes semakan kehakiman dan kes guaman yang melibatkan Kementerian Dalam Negeri di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan; dan

 

(e)  Membantu Jabatan Peguam Negara menyediakan Pembelaan, Afidavit Jawapan dan Afidavit Balasan Responden bagi kes semakan kehakiman dan kes guaman yang melibatkan Kementerian Dalam Negeri di mahkamah.

Terakhir dikemaskini pada
19 September 2025
Fixed Floating Side Menu