telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Pengenalan

PENGENALAN

Penubuhan Bahagian Audit Dalam adalah ditetapkan melalui kehendak Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PS 3.1 (Pelaksanaan Audit Dalam Di Kementerian Atau Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri) dan Surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan bertarikh 5 Mei 2009. Bahagian Audit Dalam menjalankan tugas secara bebas dan berperanan untuk membantu pihak pengurusan memantapkan lagi akauntabiliti, tadbir urus dan integriti dengan memberikan kepastian yang munasabah melalui Laporan Audit yang objektif. Selain itu, Bahagian Audit Dalam juga memberikan khidmat perundingan kepada Auditi melalui ceramah/bengkel bagi mempertingkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan tadbir urus organisasi serta perbelanjaan secara berhemah. Bahagian Audit Dalam, Kementerian Dalam Negeri diketuai oleh Ketua Audit Dalam Gred Utama C yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian.

 

MAKLUMAT PERKHIDMATAN

Bahagian Audit Dalam, Kementerian Dalam Negeri adalah bertanggungjawab untuk:
1. Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
2. Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa;
3. Mengkaji program/aktiviti diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
4. Mengkaji aset dan kepentingan dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
5. Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua prosedur operasi dan sistem aplikasi ICT;
6. Melaporkan hasil pengauditan dan memantau tindakan susulan diambil oleh pihak pengurusan terhadap perkara yang dibangkitkan;
7. Menyediakan Rancangan Audit Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam;
8. Menyediakan Laporan Audit kepada pihak pengurusan Kementerian/Jabatan /Agensi; dan
9. Membentangkan Rancangan Tahunan dan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit.

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 22 Mac 2024.
Jumlah Pelawat : 1077773

moha qrcode