telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Dasar Semasa Penggajian Pekerja Asing

    1. Keutamaan penggajian untuk warga tempatan yang mana majikan dikehendaki memaklumkan kekosongan jawatan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) terlebih dahulu untuk membolehkan pencari kerja rakyat tempatan yang berdaftar dengan JobsMalaysia diutamakan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
    2. Pada masa kini, hanya 6 sektor pekerjaan yang dibenarkan untuk mengambil pekerja asing iaitu 6 sektor formal yang merangkumi sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, perladangan, pertanian serta perlombongan dan pengkuarian.
    3. Terdapat 15 buah negara sumber yang dibenarkan untuk membekalkan pekerja asing ke Malaysia. Negara-negara tersebut adalah Indonesia, Nepal, Myanmar, India, Vietnam, Filipina (Lelaki), Pakistan, Thailand, Kemboja, Sri Lanka, Lao PDR, Turksmenistan, Uzbekistan dan Kazakhstan.
    4. Had umur penggajian pekerja asing yang dibenarkan ialah 18 tahun (minimum) dan 45 tahun (maksimum). Had umur ini merujuk kepada umur pada kali pertama kemasukan pekerja asing ke dalam Malaysia.
    5. Tempoh penggajian yang dibenarkan ialah 10 tahun + 3 tahun bagi 6 sektor formal. 
    6. Permohonan pengambilan pekerja asing yang lengkap boleh dikemukakan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh Agensi Kawal Selia. Namun begitu, keutamaan penggajian masih kepada rakyat tempatan yang mana dasar penggajian pekerja asing pada masa ini seharusnya merupakan langkah sementara untuk mengisi keperluan pihak industri.
    7. Maklumat dasar terkini juga boleh diperolehi di pautan: https://jtksm.mohr.gov.my/ms/permohonan-penggajian-pekerja-asing .

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 08 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1095450

moha qrcode