telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Kesalahan

Kesalahan-Kesalahan di Bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran

1.Mencetak Tanpa Lesen

  • Seksyen 5(1) - Tidak seorang pun boleh mencetak, membantu dalam Percetakan, menerbit atau membantu dalam menerbitkan tes Al- Quran tanpa kelulusan/lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga.
    Seksyen 5(6) Hukuman: RM 10,000 atau 3 tahun penjara atau Kedua-duanya sekali.

2. Melanggar Syarat Lesen

  • Seksyen 5(7) Seseorang yang tidak mematuhi atau melanggar mana-mana syarat yang dikeluarkan bersama-sama lesen adalah dikira melakukan kesalahan.
    Hukuman : RM 5,000 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya.

3. Tidak Mengemukakan Pruf Akhir

  • Seksyen 6(1) Tidak seorang pun boleh mencetak atau menerbitkan teks Al-Quran melainkan hendaklah mengemukakan dan mendapatkan kelulusan/perakuan bahawa teks Al-Quran tersebut adalah betul/sahih.
  • Seksyen 6(3) Hukuman : RM 10,000 atau 3 tahun penjara atau Kedua-duanya sekali.

4. Teks Al-Quran Yang Diimport

  • Seksyen 7(1) Tidak seorang pun boleh mengimport untuk menjual atau mengedar teks Al-Quran sebelum mendapatkan kelulusan dari Lembaga.
  • Seksyen 7(2) Hukuman: RM 10,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

5. Teks Al-Quran Hendaklah Mengandungi Maklumat Tertentu

  • Seksyen 8(1) Setiap Al-Quran yang dicetak di Malaysia atau diimport Ke Malaysia hendaklah menunjukkan dengan ketara pada helai yang pertama atau terakhir :
    • Nama dan alamat pencetak/penerbit/pengimport.
    • Alamat tempat ia dicetak.
    • Perakuan bahawa teks Al-Quran tersebut betul.
    • Nombor rujukan perakuan yang releven.
  • Seksyen 8(3) Hukuman : RM 20,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

6. Teks Al-Quran Hendaklah Dicetak Sebagaimana Yang Diperakui

  • Seksyen 9(1) Tidak seorang pun boleh mencetak/menerbitkan teks Al-Quran yang berbeza daripada yang diperakui oleh Lembaga.
  • Seksyen 9(2) Hukuman: Rm 20,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya.

7. Satu Salinan Teks Al-Quran Perlu Diserahkan Kepada Lembaga Dan Satu Lagi Disimpan

  • Seksyen 10(1) Setiap orang yang mencetak sesuatu teks Al-Quran hendaklah dengan seberapa segera menyerahkan satu salinan teks Al-Quran untuk simpanan Lembaga.
  • Seksyen 10(2) Hukuman: RM 2,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya.

8. Bahan Buangan Daripada Pencetakan Teks Atau Bahan Al-Quran

  • Seksyen 11(1) Seseorang yang mencetak sesuatu teks Al-Quran atau bahan Al-Quran hendaklah mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan bahawa apa-apa bahan buangan yang di atasnya tercetak sesuatu ayat Al-Quran dimusnahkan dengan serta merta dengan membakarnya di suatu tempat bertutup yang tidak dapat dimasuki oleh orang awam dan tidak meninggalkan premis, dengan apa-apa cara pun, kecuali semasa ia dipindahkan ke suatu tempat untuk dimusnahkan.
  • Seksyen 11(3) Hukuman: RM 5,000 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya.

9. Pengawalan, Penjualan, Pengedaran Dan Penerbitan Teks Al-Quran

  • Seksyen 13(1) Tidak seorang pun boleh menjual, menawarkan untuk Jualan, mengedarkan atau menerbitkan, atau ada dalam milikannya, jagaanya atau kawalannya bagi maksud penjualan atau pengedaran sesuatu teks Al-Quran melainkan menunjukkan dengan ketara maklumat perakuan/kelulusan pada helaian pertama atau akhir perakuan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) seksyen 8 atau subseksyen (3) seksyen 12.
  • Seksyen 13(2) - Hukuman: Denda RM 5,000 atau 2 tahun penjara atau Kedua-duanya sekali.

10. Pencetakan Teks/Bahan Al-Quran Yang Mengandungi Kesilapan

  • Seksyen 14(1) Tidak seorang pun boleh mencetak atau menerbitkan Sesuatu teks/bahan Al-Quran yang mengandungi apa-apa kesilapan pada ayat-ayat Al-Quran.
  • Seksyen 14(2) Hukuman: Denda tidak melebihi RM 20,000 atau Penjara tidak melebihi tahun atau kedua-duanya.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 19 Mac 2024.
Jumlah Pelawat : 1071926

moha qrcode