telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Pengenalan

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan bahagian yang menyediakan perkhidmatan sokongan dalam semua bidang khidmat pengurusan dan perhubungan awam dengan cekap dan berkesan.

Bahagian Khidmat Pengurusan juga mengendalikan semua aspek urusan keselamatan dokumen dan juga aspek fizikal, menguruskan sistem fail serta menjadi urus setia mesyuarat, semua majlis rasmi kerajaan dan lawatan-lawatan rasmi.

Visi

  • Menjadikan Bahagian Khidmat Pengurusan lebih komited, proaktif dan peka kepada setiap perubahan yang berlaku di persekitaran yang memerlukan tindakan segera dan efisien.

Misi

  • Menyedia dan memberikan Perkhidmatan Sokongan yang terbaik kepada seluruh warga KDN dan bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator untuk berfungsi dengan cekap dan efektif.

Objektif

  • Memberi perkhidmatan sokongan dan menjadi pemudah cara atau fasilitator kepada Bahagian/Jabatan/Unit di Kementerian;
  • Memastikan segala bentuk Perkhidmatan Sokongan yang diberi atau disalurkan telah / akan digunakan oleh Bahagian/Jabatan/Unit di Kementerian secara optimum mengikut garis panduan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan; dan
  • Memastikan segala aspek keselamatan yang merangkumi seluruh warga Kementerian, dokumen / maklumat, bangunan dan harta-benda (peribadi dan Kerajaan) sentiasa terpelihara dan terjamin.

Fungsi

  • Memberi perkhidmatan sokongan dan memudahcara Bahagian-Bahagian dan Jabatan-Jabatan di dalam KDN;
  • Memberi perkhidmatan keurusetiaan dan penyelarasan kepada Bahagian-Bahagian dan Jabatan-Jabatan di dalam KDN;
  • Memberi perkhidmatan perpustakaan seperti mengurus, menyelenggara dan memelihara koleksi perpustakaan untuk kegunaan kakitangan merujuk atau meminjam bahan, serta perkhidmatan pengesanan dan pencarian sumber maklumat, mendokumen maklumat dan edaran maklumat;
  • Memberi perkhidmatan perhubungan awam untuk penyampaian maklumat yang tepat dan jelas, meningkatkan pengetahuan orang ramai akan tugas dan tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri dan penjelasan mengenai sebarang kemusykilan mengenai dasar dan peraturan yang dilaksanakan oleh Kementerian. Fungsi utama Kementerian dapat dijelaskan dengan memberi penerangan, mengumpul maklumbalas dan mewujudkan perhubungan awam yang berkesan dengan pihak media; dan
  • Memberi perkhidmatan keselamatan fizikal serta keselamatan dokumen dan keselamatan peribadi Bahagian-bahagian dan Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 22 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1087586

moha qrcode