telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Soalan Lazim

1. Bolehkah saya mengemukakan permohonan untuk memiliki senjata terus kepada Kementerian ?

  • Tidak. Bidang kuasa Kementerian adalah hanya untuk memeroses rayuan hanya setelah permohonan ditolak oleh pihak PDRM. 2.

2. Bilakah saya perlu mengemukakan rayuan kepada Kementerian ?

  • Perayu perlu mengemukakan rayuan sebelum tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penolakan oleh Ketua Polis Negara. Sekiranya rayuan dikemukakan selepas tempoh tersebut maka perayu perlu mengemukakan rayuan baru kepada Ibu Pejabat Polis Daerah.

3. Bolehkah Kementerian mengeluarkan lesen memiliki senjatapi ?

  • Tidak. Kementerian hanya mengeluarkan keputusan terhadap rayuan pemilikan senjatapi. Lesen pemilikan dikeluarkan oleh PDRM.

4. Di manakan saya boleh mengemukakan permohonan untuk memiliki senjat api ?

  • Permohonan untuk memiliki senjatapi boleh dikemukakan di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah yang bertanggungjawab terhadap daerah tempat tinggal perayu

5. Apakah yang saya perlu buat untuk menyemak status rayuan saya ?

  • Kementerian boleh dihubungi pada talian telefon 03-88868546 / 8541. Sila nyatakan nombor fail kepada petugas. Perayu juga boleh mengirim surat kepada Kementerian atau hadir sendiri ke Kementerian setelah membuat temujanji. Perayu tidak boleh melantik wakil bagi urusan rayuan melainkan sekiranya perayu tidak boleh hadir sendiri atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan bagi mengelakkan kes-kes penipuan dan salah guna kuasa .

6. Apakah yang perlu saya buat setelah menerima surat kelulusan dari Kementerian ?

  • Perayu perlu merujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah yang bertanggungjawab dalam tempoh lima (5) minggu daripada tarikh surat kelulusan tersebut.

7. Bagaimana sekiranya saya ingin menambah syarat kepada lesen saya ?

  • Bagi pemilik lesen yang menerima kelulusan dari PDRM maka permohonan untuk menambah syarat boleh dibuat kepada Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman. Sekiranya kelulusan pemilikan senjatapi diperolehi dari Kementerian, maka pemilik lesen boleh mengemukakan permohonan terus kepada Kementerian menerusi Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam.

8. Bolehkah saya merayu terhadap keputusan Menteri untuk menolak permohonan saya ?

  • Tidak. Seksyen 30(4) memperuntukkan bahawa sebarang keputusan Menteri adalah kekal dan muktamad.

9. Apakah yang saya perlu buat sekiranya permohonan saya ditolak ?

  • Perayu perlu mengemukakan permohonan yang baru di Ibu Pejabat Polis Daerah yang bertanggungjawab dengan menyertakan asas-asas permohonan untuk pertimbangan.

10. Bolehkah saya merayu terus kepada Kementerian walaupun keputusan daripada Ketua Polis Negara belum diterima ?

  • Tidak. Seksyen 30(4) memperuntukkan bahawa kuasa Menteri untuk mempertimbangkan sebarang kes adalah hanya setelah ianya ditolak oleh pihak PDRM.

11. Apakah dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bagi mengemaskinikan pengkalan maklumat Kementerian ?

  • Dokumen am iaitu butiran peribadi perayu (alamat terkini, nombor telefon; dan
  • Dokumen khusus yang boleh dikemukakan bergantung kepada tujuan pemilikan iaitu:
    • Mencegah musuh tanaman pemilikan tanah, pemberian kuasa penjagaan tanah, kerosakan terhadap tanaman, program penanaman semula, kepelbagaian dan jenis tanaman
    • Menjaga keselamatan diri dan harta benda  penyata kewangan syarikat dan peribadi yang terkini, salinan aduan kepada polis mengenai ancaman
    • Bersukan sijil penyertaan di mana-mana kejohanan di peringkat tempatan atau antarabangsa mewakili kelab, negeri atau negara

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 19 Mac 2024.
Jumlah Pelawat : 1071866

moha qrcode