telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Soalan Lazim

1. Siapakah yang boleh memohon?

 * Syarikat yang pernah memperoleh kelulusan dari Kementerian serta mendapat surat lantikan sebagai kontraktor.

2. Adakah agensi kerajaan lain berperanan di dalam permohonan untuk mengadakan pertunjukan piroteknik?

 * Kelulusan Kementerian merupakan keputusan dasar dan permohonan adalah tertakluk kepada arahan-arahan teknikal semasa pembakaran daripada agensi lain seperti PDRM (security), Bomba (safety) dan Jabatan Penerbangan Awam (laluan udara).

3. Siapakah yang layak untuk dilantik sebagai pakar piroteknik?

* Individu, perlu rakyat Malaysia, mempunyai sijil kelayakan pakar piroteknik, tiada rekod jenayah dan bukan anggota pasukan keselamatan atau mana-mana pasukan beruniform Malaysia yang masih berkhidmat.

4. Bolehkah saya memohon untuk mendapat lesen bagi mengedar atau menjual bahan letupan jenis piroteknik?

* Kementerian dan PDRM tidak mengeluarkan sebarang lesen bagi mengedar atau menjual bahan letupan jenis piroteknik. Bahan letupan jenis ini (atau lebih dikenali sebagai bunga api atau mercun) yang dibenar untuk diimport dan dijual adalah dari jenama Happy Boom dan Pop-pop. Bahan letupan lain adalah diharamkan dan pembakaran hanya dibenar sekiranya mendapat kelulusan dari Menteri Dalam Negeri.

5. Apakah kesilapan biasa yang dilakukan oleh pemohon?

* Tidak melantik syarikat yang berkelayakan untuk mengadakan pertunjukan piroteknik;
* Melantik juruletup dari kalangan anggota pasukan beruniform atau individu yang dilarang atau tidak berkelayakan untuk membuat pembakaran bahan piroteknik.
* Menggunakan bahan letupan yang tidak selamat atau luar tempoh;
* Memohon untuk mengadakan pertunjukan piroteknik bagi majlis yang dikategori sebagai dilarang untuk membakar bahan tersebut;
* Mengemukakan permohonan yang melewati tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian; dan
* Mengemukakan butiran pengurus majlis (event organizer) dan bukan penganjur utama (main organizer).

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121076

moha qrcode