telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Pengenalan

  1. Pejabat Penasihat Undang-undang ialah suatu Bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengawalselia dan menangani semua isu yang melibatkan undang-undang yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (“KDN”).

  2. Pejabat ini juga berperanan untuk memberi khidmat nasihat perundangan kepada 26 Bahagian dan 11 Agensi di bawah KDN bagi semua isu perundangan yang dibangkitkan oleh Bahagian dan Agensi yang terlibat.

  3. Pejabat ini terdiri daripada Peguam Kanan Persekutuan dan Peguam Persekutuan yang antara lain berperanan untuk:
  • Menyediakan dan menguruskan segala aspek pembelaan terhadap permohonan kes Habeas Corpus serta semakan kehakiman;

  • Memberikan nasihat undang-undang kepada Kementerian secara bertulis atau lisan;

  • Menggubal / meminda undang-undang utama, termasuk peraturan bagi pihak Kementerian Dalam Negeri;

  • Menggubal / meminda undang-undang subsidiari, termasuk peraturan-peraturan bagi pihak Kementerian Dalam Negeri;

  • Menyemak segala dokumen perjanjian dan dokumen yang ada kesan di sisi undang-undang untuk ditandatangani oleh Kementerian;

  • Menjadi perantara bagi pihak Kementerian dalam kes sivil yang di bawah bidang kuasa dan kawalan Penasihat Undang-Undang–memfailkan tindakan bagi pihak Kerajaan sebagai yang menuntut; dan

  • Menjadi perantara bagi pihak Kementerian dalam kes sivil yang di bawah bidang kuasa dan kawalan Penasihat Undang-Undang–tindakan di mahkamah apabila pihak Kerajaan dituntut.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 22 Mac 2024.
Jumlah Pelawat : 1077594

moha qrcode