telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Pengisytiharan Entiti Ditentukan

Menteri Dalam Negeri mengikut seksyen 66B(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] telah membuat Perintah bagi mengisytiharkan 8 kumpulan dan menyahsenaraikan 14 individu sebagai Entiti Ditentukan. Perintah ini berkuatkuasa pada 23 Mei 2019.

Warta Kerajaan Persekutuan mengenai Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram ( Pengisytiharan Entiti Ditentukan dan Kehendak untuk Melapor) (Pindaan) 2019.

Senarai terkini individu dan kumpulan yang diisytiharkan sebagai ‘Entiti Ditentukan’ boleh didapati di portal Kementerian Dalam Negeri melalui pautan :http://www.moha.gov.my/index.php/ms/senarai-kementerian-dalam-negeri


Institusi Pelapor [Jadual Pertama Akta 613] dikehendaki menyemak senarai nama individu dan kumpulan ini dan membandingkan dengan senarai nama individu dan kumpulan yang berada di dalam pangkalan data masing-masing. Jika terdapat padanan nama, aset milik individu dan kumpulan yang tersenarai itu hendaklah dibekukan dengan serta merta.
Mana-mana individu atau kumpulan yang tersenarai boleh, dalam tempoh 60 hari dari tarikh penyiaran Perintah di dalam Warta, memohon kepada Menteri Dalam Negeri bagi mengeluarkan nama mereka dari senarai berkenaan.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 26 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1088783

moha qrcode