telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Maklumat Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK)

1.    LATAR BELAKANG

i)    Kerajaan memandang serius usaha penambahbaikan penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan dengan matlamat agar perkhidmatan yang disampaikan sentiasa memenuhi kehendak dan harapan pelanggan.

ii)    Selaras dengan perubahan persekitaran yang dinamik serta kehendak pelanggan dan pihak berkepentingan yang semakin meningkat memerlukan agensi sentiasa menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan maka Kerajaan pada tahun 2009 telah menggantikan Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) kepada Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

iii)    Oleh itu, Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif diterbitkan sebagai peneraju agenda transformasi negara yang bersifat inovatif dan kreatif melalui terjemahan penjanaan idea baharu dan membawa perubahan berimpak tinggi berteraskan kecekapan dan keberkesanan.


2.    TAKRIFAN

i)    Inovasi

a)    Suatu pembaharuan atau perubahan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik dan menyampaikan nilai baharu kepada pelanggan.

b)    Sesuatu ciptaan yang memberi manfaat nyata dan nilai tambah kepada keadaan sedia ada boleh dikategorikan sebagai inovasi.

c)    Pengertian Inovasi Menurut Para Ahli

  • Kuniyoshi Urabe
    Merupakan setiap kegiatan tidak boleh dihasilkan satu kali pukul, melainkan suatu proses yang panjang dan kumulatif, meliputi banyak proses pengambilan keputusan, mulai dari penemuan idea hingga ke implementasiannya di pasaran.

  • Van de Ven, Andrew H.
    Pembangunan dan pelaksanaan gagasan-gagasan baru oleh orang dalam jangka waktu tertentu yang dilakukan dengan pelbagai aktiviti transaksi di dalam carta organisasi tertentu.

  • Everett M. Rogers
    Mendefinisikan bahawa inovasi adalah suatu idea, gagasan, amalan atau objek / benda yang disedari dan diterima sebagai suatu hal yang baru oleh seseorang atau kumpulan untuk diterima pakai.

ii)    Kreativiti

a)    Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau alam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi.

  • Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik

  • Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian

  • Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi

b)    Kreativiti merupakan proses seseorang individu sebagai hasil kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang bersangkutan.

c)    Terdapat dua (2) jenis utama kreativiti iaitu kreativiti inuitif dan kreativiti analitik

  • Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan.

  • Kreativiti analitik pula adalah apa yang digunakan yang telah dirancang untuk tujuan yang telah ditetapkan

iii)    Outcome

a)    Merujuk kepada hasil yang diperoleh daripada perlaksanaan projek KIK dalam jangka masa pendek

iv)    Impak

a)    Merujuk kepada kesan daripada pelaksanaan projek KIK dalam tempoh jangka masa panjang

v)    Pemboleh daya

a)    Merujuk kepada faktor-faktor yang berupaya menggerakkan sesuatu untuk berfungsi dengan baik


3.    OBJEKTIF

i)    Menekankan konsep pengurusan secara kemanusiaan yang menekankan aspek modal insan dan konsep pengurusan secara penyertaan tanpa mengira kedudukannya dalam organisasi diberi peluang untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada organisasi;

ii)    Merupakan satu mekanisme yang melibatkan pekerja dalam proses penyelesaian masalah atau penambahbaikan proses kerja dan standard yang sedia ada atau memperkenalkan sesuatu yang baru;

iii)    Menerapkan konsep knowledge-based dan creativity-driven bagi membolehkan organisasi menghasilkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan;

iv)    Memberi tumpuan kepada idea, pembelajaran, perkongsian ilmu dan penciptaan nilai menerusi strategi pengenalpastian dan penyelesaian masalah, teknik-teknik penganalisisan serta penghasilan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif; dan

v)    Meningkatkan kecekapan agensi sektor awam dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan agensi sektor awam dan memelihara kesejahteraan rakyat

vi)    Produk akhir KIK menjurus kepada penghasilan output berkualiti yang dapat dinikmati dengan ketara dan secara meluas. Dengan itu, impak dan sumbangan KIK terhadap pertumbuhan dan pengukuhan ekonomi negara akan lebih berkesan

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 16 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1083897

moha qrcode