telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Maklumat Inovasi

1.    LATAR BELAKANG PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI

Pertandingan Anugerah Inovasi Kementerian Dalam Negeri diadakan bertujuan untuk memberikan pengiktirafan secara rasmi / formal kepada Jabatan / Agensi dan Bahagian di bawah KDN yang telah berjaya memperkenalkan sesuatu idea baru untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Pertandingan Anugerah Inovasi ini diadakan sempena Sambutan Hari Inovasi Peringkat Kementerian Dalam Negeri.

I)    DEFINISI INOVASI

a)    Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.  

b)    Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

II)    OBJEKTIF ANUGERAH  
           
a)    Menggalak persaingan sihat di antara Jabatan dan Bahagian ke arah memperkenalkan lebih banyak inovasi;

b)    Memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi yang diperkenalkan oleh Jabatan dan Bahagian dalam Kementerian Dalam Negeri;

c)    Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan;

d)    Memperkenalkan dan menyebarkan hasil-hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah agensi lain; dan

e)    Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 19 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1085416

moha qrcode