Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing, Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (OSC KDN) berperanan sebagai pusat setempat bagi majikan yang menggajikan pekerja asing. Perkhidmatan yang disediakan di OSC KDN adalah seperti berikut:
Memproses dan mengeluarkan keputusan permohonan kuota penggajian pekerja asing serta urusan-urusan yang berkaitan.
Menguruskan terimaan hasil levi pekerja asing dan pemprosesan tuntutan pembayaran balik levi.
Melaksanakan inspektorat bagi permohonan penggajian pekerja asing bagi memastikan pematuhan majikan terhadap peraturan dan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Memberikan khidmat nasihat berkaitan penggajian pekerja asing.