Permohonan Pembantu Rumah Asing Perempuan Yang Bukan Dari Negara Sumber
Permohonan Pembantu Rumah Asing Perempuan Yang Bukan Dari Negara Sumber
Pembantu Rumah Asing merujuk kepada pekerja wanita yang diberi Pas Lawatan (Kerja Sementara) untuk bekerja dalam sektor domestic helper. Permohonan bagi mendapatkan Pembantu Rumah Asing boleh dibuat kepada Jabatan Imigresen Malaysia.
Pada masa ini hanya 5 negara sumber yang dibenarkan untuk diambil sebagai Pembantu Rumah Asing iaitu :
Indonesia
Thailand
Kemboja
Filipina
Sri Lanka
Permohonan bagi mendapatkan Pembantu Rumah Asing Perempuan yang bukan dari Negara Sumber boleh dibuat di Bahagian Hal Ehwal Imigresen bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Kementerian Dalam Negeri.