Penyediaan jawapan dan maklum balas kepada pertanyaan, usul dan perkara-perkara yang dibangkitkan di Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Pengurusan aduan awam berkaitan jenayah.
Pindaan undang-undang dan peraturan yang berkaitan PDRM.
Penyediaan perjanjian persefahaman (MoU) bagi kerjasama pasukan polis.
Pewartaan Pendaftar Penjenayah, Timbalan Pendaftar, Penjenayah dan Penolong Pendaftar Penjenayah.
Menyelaras permohonan PDRM yang memerlukan kelulusan kementerian dan Jemaah Menteri.
Penyediaan nota ikhtisar mengenai isu keselamatan yang berkaitan dengan tugas operasi PDRM untuk pegawai kanan kerajaan bagi tujuan mesyuarat, lawatan dan kunjungan hormat.
Penyediaan maklumat dan maklum balas kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan tugas dan operasi PDRM.
Penglibatan di dalam mesyuarat mewakili kementerian bagi isu-isu keselamatan yang berkaitan dengan tugas dan operasi PDRM.
Penglibatan secara tidak langsung dengan urusan-urusan umum yang lain yang berkaitan dengan PDRM.
UNIT DASAR KESELAMATAN SEMPADAN
Mengurusetia mesyuarat / lawatan kerja berhubung keselamatan sempadan (darat, laut dan udara).
Menghadiri seminar, forum, bengkel berkenaan keselamatan sempadan di dalam dan luar Negara.
Menyediakan nota ikhtisar / percakapan, memorandum / akta jemaah menteri yang berkaitan dasar / polisi keselamatan sempadan dan hubungan dua hala Malaysia dan Negara luar.
Mengurusetia bersama pengurusan keselamatan sasaran penting Negara dan menyemak laporan serta syor pewartaan Kawasan Larangan Tempat Larangan (KLTL) untuk kelulusan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.
Menjadi ahli forum / mekanisma / mesyuarat hubungan dua hala Malaysia dengan Negara-negara serantau dan antarabangsa bagi skop keselamatan sempadan.
PERUNTUKAN AKTA
Akta Rahsia Rasmi 1972 Official Secret Act 1972
Akta Kawasan Larangan Dan Tempat Larangan 1959 Protected Areas And Protected Places Act1959
Akta Polis 1967 Police Act 1967
Akta Pendaftaran Penjenayah Dan Orang-Orang Yang Tidak Diingini 1969 Registration Of Criminals And Undersirable Persons Act 1969
Akta Keadilan Jenayah 1953 Criminal Justice Act 1953
Akta Penjara 1995 Prison Act 1995 S 7 (1)
Akta Perhimpunan Aman 2011 Peaceful Assembly Act 2011