telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PUNCA KUASA DAN PERANAN

Punca Kuasa Utama ESSCOM

  • Arahan Eksekutif No. 1: Pengoperasian Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone)
  • Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam (Pindaan) 2024 [P.U.(A) 70] dikuatkuasakan mulai 1 Mac 2024

Peranan ESSCOM ialah mengukuh, meningkatkan keselamatan, keamanan dan kestabilan di ESS Zone melalui pendekatan seperti yang berikut:

  • Kumpulan Pemikir (Think Tank)
  • Koordinator
  • Penasihat
  • Operational Control

Inisiatif-inisiatif Memperkasa Kesiapsiagaan Pasukan Keselamatan dan Kawalan Sempadan serta Kesejahteraan di ESS Zone seperti yang berikut:

  • Operasi SANGGAH
  • Pengumpulan dan Perkongsian Maklumat serta Perisikan
  • Operasi GASAK Laut dan Darat (OGL/ OGD)
  • Operasi Bersepadu (OB)
  • Operasi Bersepadu Khas (OBK)
  • Koordinasi Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan ESS Zone Sabah (PKPES) di Kawasan Maritim yang Terpilih ESS Zone
  • Koordinasi  Penguatkuasaan Pangkalan Pemeriksaan di Laut atau Sea Check Point (SCP) dan designated routesdi Perairan ESS Zone
  • Koordinasi Penguatkuasaan Pusat Pemeriksaan di Darat atau Road Check Point (RCP) di Daratan ESS Zone
  • Koordinasi Penerbangan Pesawat Agensi-agensi Keselamatan di Ruang Udara ESS Zone
  • Koordinasi Penugasan Kapal/ Bot Agensi-agensi Keselamatan di Perairan ESS Zone
  • Penguatkuasaan dan Tindakan Awam (Civil Affairs)
  • Penempatan Semula Perkampungan Air
  • Kajian Profiling Masyarakat Pala’uh di ESS Zone
  • Program Peningkatan Sosioekonomi
  • Program Kemasyarakatan
  • Program Pengukuhan Nilai Patriotisme
  • Penyaluran/ Hebahan Maklumat Sahih

Penguatkuasaan Arahan Perintah Berkurung di Perairan ESS Zone pada 19 Julai 2014 hingga 17 Oktober 2023

ESSCOM turut membantu memantau penguatkuasaan  Arahan Perintah Berkurung di kawasan perairan/ laut ESS Zone yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah yang bermula pada 19 Julai 2014 sehingga kini. Matlamat utama Perintah Berkurung yang dikuatkuasakan di kawasan perairan/ maritim/ laut ESS Zone adalah untuk mengawal pergerakan bot dan kapal khususnya pada waktu malam serta mencegah kejadian pencerobohan anasir luar termasuk membendung elemen jenayah rentas sempadan.

Daripada 10 daerah yang berada dalam ESS Zone, hanya tujuh (7) daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran kekal dengan penguatkuasaan Perintah Berkurung di kawasan perairan yang melebihi jarak tiga (3) batu nautika membawa ke garis sempadan antarabangsa dari pukul 6.00 petang hingga 6.00 pagi.

Penguatkuasaan sejak 10 tahun lalu telah memberi kesan yang positif dalam memastikan kawal selia ke atas keselamatan masyarakat, pengusaha pelancongan, nelayan, pelancong asing dan tempatan kekal terjamin di samping berjaya menangani isu-isu pencerobohan anasir luar dan penjenayah rentas sempadan di pantai Timur Sabah, khasnya.

Sebagai contoh, pihak yang mempunyai keperluan mendesak atau komuniti maritim seperti nelayan laut dalam dibenarkan memohon Permit Pengecualian Perintah Berkurung di bawah Seksyen 31(3) Akta Polis daripada pihak PDRM bagi menjalankan aktiviti perikanan melebihi had jarak tersebut. Manakala penduduk setempat, penyelidik, nelayan pesisir pantai atau pelancong bebas bergerak dan menjalankan aktiviti seperti biasa daripada garis pesisir pantai (shoreline) dan dalam lingkungan jarak tiga (3) batu nautika ke bawah daripada garis sempadan sama ada pada waktu siang atau malam.

 

Penjenamaan terma Arahan Perintah Berkurung di Perairan ESS Zone kepada Perintah Kawalan Pergerakan di perairan ESS Zone Sabah (PKP ESS Zone Sabah, PKPES) pada 18 Oktober 2023 hingga kini

Selaras dengan hasrat Kerajaan memperkasakan kesejahteraan rakyat dan memakmurkan negara, terma Perintah Berkurung di kawasan perairan ESS Zone telah dijenamakan kepada Perintah Kawalan Pergerakan ESS Zone Sabah.

Pengumuman dibuat oleh Ketua Polis Negara (KPN) melalui Kenyataan Media bertarikh 16 Oktober 2023 (Isnin) itu adalah bagi menangkis persepsi tidak tepat yang telah menimbulkan kegusaran penduduk setempat, pihak kedutaan dan pelancong asing kerana terkesan dengan penggunaan terma penguatkuasaan perintah berkurung untuk tempoh yang lama.

Menerusi Kenyataan Media tersebut, Perintah Berkurung Sabah No.220 yang tamat pada 17 Oktober 2023 jam 6.00 petang, dilanjutkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESS Zone Sabah No.1 oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 31(4) Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan tersebut berkuat kuasa mulai 18 Oktober 2023 (Rabu) hingga 1 November 2023 (Rabu) untuk tempoh selama 14 hari dan kini hanya melibatkan enam (6) daerah sahaja iaitu Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Daerah Tawau dikeluarkan daripada perintah ini memandangkan jaminan keselamatan yang semakin mengukuh selain tiada kes-kes penculikan serta ancaman nyata daripada anasir Royal Security Force (RSF) Sultanate of Sulu and North Borneo dan berkhidmat di bawah pihak mengaku sebagai waris (self-proclaimed ‘heirs’) Sultan Sulu dari Selatan Filipina dan elemen militan seperti kumpulan Abu Sayyaf (ASG) serta kumpulan kidnapping for ransom (KFRG) di daerah tersebut.

Perintah Kawalan Pergerakan ESS Zone Sabah dari segi pengoperasian, kekal dengan penguatkuasaan kawalan pergerakan di kawasan perairan atau maritim yang melebihi jarak 3 batu nautika ke atas dari pukul 6.00 petang hingga 6.00 pagi. Oleh itu, pihak yang mempunyai keperluan mendesak atau komuniti maritim seperti nelayan laut dalam dibenarkan memohon Permit Pengecualian Perintah Berkurung di bawah Seksyen 31(3) Akta Polis daripada pihak PDRM di setiap daerah terbabit bagi menjalankan aktiviti perikanan melebihi had jarak tersebut.

Walau bagaimanapun penduduk setempat, pelaut, penyelidik, nelayan pesisir pantai atau pelancong bebas bergerak dan menjalankan aktiviti seperti biasa dalam lingkungan jarak 3 batu nautika daripada garis pesisir pantai (shoreline) sama ada pada waktu siang atau malam.

Menerusi penjenamaan dan pengecilan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan ESS Zone ini, pihak media dapat menyampaikan maklumat sahih mengenai keadaan keselamatan semasa kawasan ESS Zone agar aktiviti sektor pelancongan dan pengembangan syarikat tempatan di wilayah ini dapat dilonjakkan serta memberi manfaat dari segi penggajian yang bermakna dan kesaksamaan peluang kepada masyarakat ESS Zone.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 28 Januari 2025.
Jumlah Pelawat : 1127745

moha qrcode