telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Maklumat Perkhidmatan

PERAKAUNAN PENGURUSAN

  1. Menganalisis Penyata Kewangan Persekutuan (PKP) dan menyedia laporan bagi tujuan memberi cadangan penambahbaikan kepada pihak pengurusan dalam membantu membuat keputusan strategik.
    • Pembentangan Laporan Analisa PKP dan Risiko Ketidaktentuan kepada pengurusan atasan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun (JPKA) / Jawatankuasa Pelaksanaan Perakaunan Akruan (JPPAK)
    • Menyelaras tindakan dan maklumbalas daripada semua PTJ terhadap keputusan pengurusan atasan berkenaan analisa PKP
  1. Menganalisis maklumat pengekosan di peringkat Kementerian/ Bahagian/ Jabatan/ Agensi bagi tujuan penilaian keberkesanan pencapaian KPI /output utama berbanding kos / peruntukan yang telah diagihkan.
    • Mengemukakan pelaporan Outcome Based Costing (OBC) dan PTJ Based Costing (PBC) secara berkala kepada JANM.
    • Melaksanakan bengkel/taklimat Pengekosan MyCost di Kementerian/ Bahagian/ Jabatan/ Agensi bagi memastikan kamus pengekosan dan input data adalah selari dengan fungsi utama PTJ.
  1. Penyediaan dan Penghantaran Laporan Strategic Management Accounting & Reporting (SMARt) secara berkala kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
    • Meliputi Analisa PKP, Pengekosan dan Prestasi berdasarkan kepada Garis Panduan Akauntan Negara Malaysia (GPANM).
  1. Menyediakan Laporan Prestasi Pembayaran Bil Kementerian secara bulanan bagi tujuan pemantauan Prestasi Pembayaran Bil dalam tempoh 14 hari.
    • Mengumpulkan laporan prestasi bil daripada semua PTJ dan membuat rumusan serta mengemukakan laporan prestasi bil kepada JPM melalui ePrestasi Bil secara bulanan.
    • Mengemukakan peringatan mesra kepada semua PTJ berkaitan prestasi bil 7 hari setiap minggu.
  1. Menyelaras Aktiviti Data Migrasi Data Baki Awal Aset dan Liabiliti bagi memastikan pelaporan PKP yang tepat dan betul.
    • Menyelaras dan mengemaskini perbezaan antara data aset Kementerian dengan data yang telah dimigrasi ke dalam sistem iGFMAS bagi memastikan semua aset telah diperakaunkan dengan tepat dan betul.
    • Menyelaras dan mengemukakan anggaran keseluruhan Data Baki Awal Aset dan Liabiliti Belum Migrasi bagi tahun akan datang.
    • Menyelaras dan mengemukakan data baki awal aset kepada Unit Audit Dalam (UAD) bagi tujuan verifikasi.

 

PERAKAUNAN KEWANGAN OPERASI

  1. Bayaran
    • Menyemak Kod Akaun bagi semua dokumen kewangan.
    • Menguruskan bayaran pukal.
    • Menguruskan pembayaran bagi semua jenis urusniaga dan kaedah bayaran.
  1. Gaji
    • Menguruskan pembayaran gaji bulanan bagi kakitangan tetap/kontrak/MySTEP.
    • Menguruskan pembayaran kepada Agensi Potongan Gaji.
    • Menyediakan Laporan Keberhutangan Serius kepada pihak Pengurusan.
    • Menjana Penyata Pendapatan Tahunan.
  1. Akaun
    • Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian Bulanan dan tahunan.
    • Memastikan maklumat perakaunan terimaan disediakan dengan tepat dan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
    • Menguruskan Dana dan Akaun Bank Terimaan/EFT/Bayaran Kementerian Dalam Negeri.
    • Mengurus Akaun Amanah, Deposit dan Panjar.
    • Memproses Bayaran Balik Hasil.
  1. Subsidiari
    • Memproses permohonan pembiayaan komputer/ telefon pintar/ pinjaman kenderaan/ pendahuluan diri ETB/ AP59/ AP55/ Pendahuluan diri TNT.
    • Membuat pengesahan Sijil Akuan Hutang/ Tidak Berhutang bagi pegawai yang bakal bersara / meletak jawatan/ meninggal dunia.
  1. Asset dan Inventori
    • Menguruskan Perakaunan Aset dan Inventori.
    • Menyediakan laporan perakaunan asset.
  1. Teknikal
    • Pengurusan ID pengguna (Authorization) sistem iGFMAS.
    • Pengurusan aset dan perisian ICT .
    • Bantuan teknikal sistem iGFMAS dan ICT.
    • Pelaporan kepenggunaan sistem iGFMAS.

 

SEKSYEN PEMANTAUAN

  1. Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan
    • Menjalankan naziran pematuhan perakaunan akruan bagi memastikan semua transaksi kewangan yang diperakaunkan di penyata kewangan kementerian tepat dan betul serta mematuhi peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
  1. Naziran Pengauditan Terimaan
    • Menjalankan semakan ke atas Dokumen Akaun Terimaan Pejabat Pemungut secara bulanan bagi memastikan pengurusan terimaan Kerajaan Persekutuan diperakaunkan dengan betul selaras dengan pekeliling yang berkuatkuasa bagi mengelakkan penyalahgunaan wang awam.

 

SEKSYEN PERUNDINGAN

  1. Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan perakaunan dan kewangan termasuk sistem perakaunan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ).                 
  1. Memproses permohonan kelulusan eTerimaan dan reka bentuk sistem perakaunan/kewangan jabatan dan agensi untuk dikemukakan kepada JANM/Kementerian Kewangan.
  1. Membuat kajian dan penambahbaikan terhadap draf pekeliling/ peraturan/ tatacara JANM/ jabatan/ agensi atau kajian isu semasa perakaunan akruan.
  1. Memproses permohonan capaian dan peranan pengguna iGFMAS termasuk GPKI serta permohonan penubuhan/penutupan PTJ/Pejabat Pemungut/Pusat Kos./projek/program.
  1. Menguruskan latihan/kursus berkaitan perakaunan/ kewangan/ iGFMAS dan memantau kehadiran latihan perakaunan akruan pegawai perakaunan KDN.
  1. Membuat hebahan maklumat dan aktiviti perakaunan.

 

SEKSYEN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 23 April 2025.
Jumlah Pelawat : 1135974

moha qrcode