Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti dalam:
Memastikan berita berkenaan mana-mana acara Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melibatkan Pengurusan Tertinggi KDN akan dimasukkan ke dalam Portal, Berita iKDN, Facebook dan e-board dalam tempoh 24 jam acara berlaku.
Memantau dan menyelaras kandungan Facebook KDN setiap hari.
Menyediakan dan menyebar kenyataan Akhbar mengenai sesuatu program/aktiviti KDN dalam masa satu (1) hari bekerja.
Memastikan aduan awam menepati tempoh-tempoh berikut:
Akuan penerimaan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
Maklumbalas untuk aduan yang diambil tindakan sama ada telah selesai, masih memerlukan siasatan lanjut atau aduan tidak berasas dalam tempoh 14 hari bekerja.
Menganalisis dan menyediakan laporan maklumbalas kepuasan pelanggan sebelum atau pada 10 hb bulan berikutnya.